Kewajipan Haji & Umrah

  • Dalil wajib Haji;-

  1. Maksudnya : "Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi baitullah kepada sesiapa yang mampu sampai kepadaNya".
(Surah al-Imran; 97)

  • Dalil wajib Umrah;-

  1. Maksudnya : Sempurnakanlah haji & umrah kerana Allah...
(Surah al-Baqarah; 196)

  • Pengertian Haji & Umrah;-

Umrah

No

Haji

No

Bahasa: Mengunjungi Tempat Mulia


Istilah: Mengunjungi Baitullah di Mekah kerana hendak mengerjakan ibadah tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu

1
.
.
.

2

Bahasa: Ziarah



Istilah: Menziarahi Baitullah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya

1
.
.
.

2



  • Upah Haji

* Bermaksud; Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.

* Hukum; Harus jika sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu.

  • Syarat Upah Haji:-

  1. Meninggal Dunia; Sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib haji, tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur pada syara' kemudian dia meninggal dunia, kewajipan haji tetap tidak gugur.
  2. Tidak Mempunyai Keupayaan Fizikal; Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh, tua, dan sebagainya. Orang lelaki atau perempuan yang menjadi wakilnya, disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu.

  • Hikmah Upah Haji

  1. Memberi peluang kepada orang sakit mengupah orang lain untuk mengerjakan haji baginya.
  2. Orang tua dapat mengupah orang lain mengerjakan haji baginya.
  3. Memberi peluang kepada ahli waris untuk berbakti kepada ibubapa yang telah meninggal dunia.

  • Hikmah Haji (individu)

  1. Menghapuskan dosa-dosa kecil.
  2. Membersihkan jiwa daripada maksiat.
  3. Memperbaharui ikrar keimanan kepada Allah.

  • Hikmah Haji (masyarakat)
  1. Saling berkenalan antara umat islam di seluruh dunia.
  2. Membantu meningkatkan ekonomi umat islam.
  3. Menyatupadukan umat islam tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Labels : news investment systems Anti Vir free template car body design