Cara Sempurnakan Haji & Umrah

  • Syarat wajib Haji;-

  1. Islam ; Tidak wajib ke atas orang kafir & murtad.
  2. Baligh ; Tidak wajib ke atas kanak-kanak.
  3. Berakal ; Tidak wajib ke atas orang gila.
  4. Berkuasa ; Tidak wajib ke atas orang yang tidak berkemampuan.

  • Rukun Haji & Umrah;-

  1. Niat Ihram ; "nawaitul hajju wa ahromtu bihi lillahi taala"; Bermaksud :"Sahaja aku berniat haji dan berihram dengannya kerana Allah taala".
  2. Wukuf di Arafah ; Berada di padang Arafah, walaupun hanya sekejap diantara gelincir matahari pada 9 zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 zulhijjah.
  3. Tawaf ; Mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadah kepada Allah. Ia dilakukan selepas wukuf di Arafah bagi haji, & selepas niat ihram bagi umrah.

  • Jenis-Jenis Tawaf :-

  1. Tawaf Qudum ; iaitu tawaf selamat datang, ia disunatkan bagi mereka yang baru sampai ke Mekah.
  2. Tawaf Ifaadah @ Tawaf Rukun ; iaitu tawaf yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadah haji.
  3. Tawaf wida' ; iaitu tawaf selamat tinggal, dilakukan oleh orang yang hendak meninggalkan kota Mekah.
  4. Tawaf Sunat ; iaitu tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa.

  • Syarat Tawaf ;-

  1. Menutup aurat.
  2. Suci daripada hadas.
  3. Dilakukan sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah. Tawaf dimulakan pada penjuru hajarul aswad.
  4. Menjadikan Kaabah disebelah kiri ketika melakukan tawaf.
  5. Dilakukan di dalam Masjidil Haram, tidak sah jika dilakukan diluar masjid.

  • Sa'i ;-

Bermaksud ; "Iaitu berjalan berulang-ulang dari bukit Safaa ke Marwah sebanyak 7 kali. Ia dilakukan selepas tawaf".
Labels : news investment systems Anti Vir free template car body design