Abd Malik bin Marwan (w 86H / 705M)

  • Abd Malik bin Marwan (w 86H / 705M)

Beliau ialah Abu al-Walid Abd al-Malik bin Marwan bin al-Hakam bin Abi al-'As bin Umaiyyah bin Abd Shams bin Abd Manaf. (al-Shirazi :62)

Menurut al-Nawawi (1:309), beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 24H, kerana beliau wafat pada tahun 86H di Damsyiq ketika berumur 62 tahun.

Beliau tergolong ke dalam kumpulan empat orang fuqaha' Madinah iaitu Said bin al-Musaiyyib, Urwah bin al-Zubair, Qubaidah bin Dhu'aib, dan beliau sendiri. (al-Shirazi :63)Menurut al-Nawawi 1:309; pendapat beliau berkaitan hukum di sebut di dalam al-Muhadhdhab pada tajuk salat al-marid, masalah al-akdariyyah dan awal al-'adad.

Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan pernah melantik beliau sebagai pengarah kepada Diwan al-Madinah ketika beliau berusia 16 tahun. Kemudian beliau dilantik menjadi khalifah sesudah bapanya wafat pada tahun 65H.

Labels : news investment systems Anti Vir free template car body design